fb fb fb fb fb

Teknologi AI, RTM bergerak seiring peredaran masa dan teknologi

KUCHING, 11 Julai - Seiring peredaran masa dan teknologi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berevolusi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menambah baik kualiti penyampaian.

Penguasaan teknologi itu membolehkan wartawan menambah nilai kepada karya masing-masing.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata adaptasi AI turut melatih semula petugas RTM agar kekal relevan dengan perubahan masa terutama melibatkan karya di media digital.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman)

"Macam sekarang kita sudah menggunakan AI dalam sistem arkib kita dan dalam promo orang tengok kita punya promo-promo dalam media digital memang kita gunakan AI, kita gunakan robot yang cantik, hensem untuk menyampaikan promo.

"Untuk langkah ke hadapan apa yang kita boleh buat kita kena tengok dekat mana aspek AI yang boleh menyenangkan kerja wartawan. Contohnya transkrip bila keluar temuramah orang, kita hanya cari kata kunci," katanya ketika ditemui pemberita pada 2023 ABU News Group Meeting and Global News Forum, di sini.

Bertemakan AI, Leading Change and Inspiring a Greener Future, forum menampilkan 28 tokoh media antarabangsa serta lebih 100 pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Media Baharu