fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah kekal

Penduduk terjejas banjir di Kedah kekal setakat pagi ini /BERNAMA

ALOR GAJAH, 28 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah tidak banyak berubah. Setakat 8 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal dengan 1005 penduduk daripada 282 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di enam PPS.
 
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, di Pendang, 557 penduduk ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah (279); Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh (130); dan SK Tunku Intan Shafinaz (148).
 
Di Kota Setar, 361 penduduk ditempatkan di dua PPS iaitu SK Taman Aman (230). Manakala SK Haji Idris Tajar (131) bertambah berbanding 118 penduduk, malam tadi.
 
Sementara itu di Pokok Sena, 87 penduduk ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna.
 

SITI NOORAIN ABDULLAH