fb fb fb fb fb

Asrama pekerja musnah dalam kebakaran

(FOTO RTM)

KUCHING, 11 Julai - Sebuah asrama pekerja di rumah asap di Jalan Stutong bersama-sama beberapa kenderaan terpakai yang diletakkan di situ musnah dalam satu kebakaran tengah hari tadi.

Menurut Pusat gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya, pasukan dari balai Bomba Padungan dan Tebuan Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.34 tengah hari.

Api berjaya dikawal pada 1.59 tengah hari.


(FOTO RTM)

Media Baharu