fb fb fb fb fb

Malaria: Keputusan semua sampel darah penduduk Taman Perling, negatif - Exco

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 11 Julai- Ujian darah yang dibuat ke atas seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Taman Perling, Johor Bahru, Johor yang disyaki dijangkiti malaria pada 2 Julai lalu, negatif.

Perkara itu disahkan Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.

Katanya, 458 penduduk termasuk 127 warga asing di kawasan tersebut dipanggil menjalani ujian darah dan semua keputusan ujian itu negatif.

"Kerja-kerja berterusan telah diambil oleh pihak JKNJ dengan meminta penduduk berdekatan supaya menjalani ujian darah.

"Sehingga hari ini kita belum menerima apa-apa laporan mengenai malaria sama ada ia telah merebak atau sebaliknya, mudah-mudahan ia masih dalam keadaan yang terkawal,"katanya.

Sebelum ini, RTM melaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun disyaki dijangkiti malaria, 2 Julai lalu.


(Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon)

Media Baharu