fb fb fb fb fb

Peruntukan tambahan RM7 juta sempena Tahun Melawat Perak 2024

(FOTO RTM)

LENGGONG, 11 Julai - Perak menyalurkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi menaik taraf sektor pelancongan sebagai persiapan sempena penganjuran Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee berkata, RM3.8 juta daripadanya diperuntukan bagi kerja-kerja menaik taraf di seluruh negeri itu manakala baki RM3.2 juta bagi tujuan promosi.

"Keseluruhan peruntukan adalah RM7 juta sebagai tanbahan dari kerajaan negeri.

"Kita sedang membuat persediaan. Tapi kita tahu akan ada sentiasa perubahan", katanya.

"Kita akan nampak permulaan segalanya termasuk hebahan dan promosi selepas majlis Pra pelancaran Tahun Melawat Perak", katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke jeti Nelayan MYKP Kampung Chepor di sini.

Tambahnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan 12 projek Pelancongan di Perak.

Ini termasuk RM500,000 kepada Majlis Daerah Lenggong (MDL) bagi pembangunan infrastruktur berkaitan Geopark.

Jelas Loh, peruntukan tambahan tersebut adalah usaha kerajaan negeri dalam mencapai sasaran 8.35 juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan unjuran pendapatan sehingga RM10 bilion sempena TMP 2024.


(Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan
Koridor Perak, Loh Sze Yee)

Media Baharu