fb fb fb fb fb

Kampung Serkat, Pontian dilanda banjir kilat

(FOTO APM PONTIAN)

PONTIAN, 11 Julai- Hujan lebat lebih dua jam dan air pasang mengakibatkan beberapa rumah di Kampung Serkat, Pontian, Johor dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah menerusi kenyataan bagaimanapun berkata, tiada keperluan untuk membuka pusat perlindungan sementara, PPS.

Keadaan dijangka pulih dalam waktu terdekat selepas paras air mula turun.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung banjir kilat di kawasan tersebut.

Pemantauan segera dibuat bagi memastikan penduduk terjejas dapat dipindahkan jika keadaan memburuk.


(FOTO APM PONTIAN)

Media Baharu