fb fb fb fb fb

Kes guru gigit murid masih dalam siasatan- Fadhlina

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Kejadian membabitkan seorang murid yang didakwa digigit guru kini dibawa ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan, pihaknya kini sedang menunggu keputusan berhubung siasatan itu dan sebarang tindakan akan diputuskan mengikut saluran undang undang berdasarkan aduan, siasatan dan ketelusan.

"Kita masih menanti siasatan, mengikut undang-undang, dan ini negara hukum prosesnya harus kita lalui.

"Saya mahu beri bagi jaminan apa sahaja yang berkaitan dengan aduan melibatkan keganasan, ataupun buli mahupun apa sahaja yang melibatkan fizikal kita akan siasat,"katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) di Kuala Lumpur.


(Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek)

Terdahulu, seorang wanita yang juga ibu murid berusia enam tahun mendakwa anaknya digigit guru di sekolah menerusi satu hantaran di laman sosoal Facebook.

Kata wanita yang menggunakan akaun Eyma Zaideen itu, anaknya selalu bertanya soal cuti sekolah dan wajah anaknya tidak seceria dahulu apabila tiba hari persekolahan.

Malah dakwanya, dia terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru lelaki tanpa segan menggigit beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

Media Baharu