fb fb fb fb fb

KKM lancar CPG pengurusan jerawat vulgaris, apnea tidur dan hepatitis B kronik

(Majlis pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) pengurusan jerawat vulgaris (edisi kedua),
pengurusan apnea tidur obstruktif dan pengurusan hepatitis B kronik dalam kalangan orang dewasa di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 Julai- Tiga Panduan Amalan Klinikal (CPG) dilancar Kementerian kesihatan (KKM) membabitkan pengurusan jerawat vulgaris (edisi kedua), pengurusan apnea tidur obstruktif dan pengurusan hepatitis B kronik dikalangan orang dewasa.

Menurut Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Azman Yacob, ketiga-tiganya merupakan antara masalah kesihatan yang sering berlaku, cabaran yang unik serta memberi kesan kepada pesakit diseluruh dunia.

"Pembangunan garis panduan ini adalah usaha kolaboratif pasukan pakar pelbagai disiplin dalam bidang dermatologi, perubatan tidur, hepatologi dan bidang perubatan lain yang berkaitan. Garis panduan ini menyediakan cadangan berasaskan bukti mengenai diagnosis, rawatan dan susulan penyakit tersebut, dengan tujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit serta akhirnya ia akan meningkatkan kualiti hidup.

"Ia dibangunkan melalui kajian yang komprehensif dan terkini terhadap pengetahuan sedia ada mengenai amalan terbaik dalam pengurusan penyakit tersebut,"katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) pengurusan jerawat vulgaris (edisi kedua), pengurusan apnea tidur obstruktif dan pengurusan hepatitis B kronik dalam kalangan orang dewasa di Putrajaya.


(Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Azman Yacob)

Media Baharu