fb fb fb fb fb

KPM salur peruntukan selanggara SJKC Pulau Pinang

(FOTO RTM)

NIBONG TEBAL, 11 Julai -Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM3.7 Juta kepada 74 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang bagi tujuan penyelenggaraan.

Setiap sekolah bakal menerima RM50,000 bagi tujuan menaik taraf dan menambah baik kemudahan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, bantuan akan disalurkan kepada lembaga pengelola sekolah dalam tempoh terdekat.


"Tidak kira daripada SJKT atau SJKC. Sekolah yang telah yang membuat permohonan akan mendapat sekurang-kurangnya RM50,000 dan dan mungkin dalam masa satu atau 2 minggu lagi akan disalurkan kepada lembaga pengelola sekolah", katanya ketika selepas mengadakan lawatan ke SJKC Pai Teik di sini.

Terdahulu, Hui Ying mengadakan lawatan ke SJKC Chong Kuang, SJKC Kampung Jawi dan SJKT Nibong Tebal.

Menerusi lawatan di empat buah sekolah itu, Hui Ying memperuntukan RM6,70000 bagi tujuan penyelenggaraan sekolah.


(Timbalan Menteri KPM, Lim Hui Ying)

Media Baharu