fb fb fb fb fb

KSM cari jalan tarik belia ceburi pembuatan batik

(FOTO RTM)

MARANG, 11 Julai - Kementerian Sumber Manusia, (KSM) akan mencari formula bagi menarik minat golongan muda menceburi industri pembuatan batik menerusi Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menterinya, Ts Mustapha Sakmud berkata, golongan itu perlu menjadi pelapis industri berkenaan yang dilihat semakin kurang mendapat sambutan.

"Ini memerlukan kerjasama semua pihak di peringkat sekolah lagi, TVET, Insitiut Pengajian Tinggi, IPT dan sekolah.

"Ini bagi memastikan anak-anak dapat didedahkan dengan industri kreatif bagi menarik minat mereka", katanya selepas merasmikan program sesi libat urus Tripartite 2023 Zon Timur di Institut Latihan Perindustrian di sini.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ts Mustapha Sakmud)

Media Baharu