fb fb fb fb fb

Ceramah politik PN, omong kosong- Nga Kor Ming

(FOTO FB Muhyiddin Yassin)

BANGI, 11 Julai- Ceramah politik yang dianjurkan Perikatan Nasional tidak mempunyai apa-apa cadangan, formula atau cara untuk mengatasi masalah negara.

Menurut Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, sebaliknya ia hanyalah omong kosong termasuk idea yang tidak munasabah.

"Jangan bagi mereka terus rosakkan negara dengan memainkan sentimen-sentimen agama dan juga kaum yang tidak membawa sebarang kebaikan.

"Maka adalah sangat penting dengan semangat 'amar makruf nahi mungkar', kita seharusnya bersatu hati untuk mencegah kemungkaran,"katanya.

Beliau turut mencabar Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan Perikatan Nasional bersih dari sebarang salah laku.


(Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming)

Media Baharu