fb fb fb fb fb

Syarikat telekomunikasi bakal umum berita baik berkaitan 5G

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil/Fb Fahmi Fadzil)

PUTRAJAYA, 20 Jun- Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini menjelang hujung bulan ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perjanjian akses (Access agreement) yang telah ditandatangani syarikat terbabit membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semasa melawat
pameran yang disediakan FINAS pada Perhimpunan Bulanan KKD/BERNAMA)

"Pencapaian pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 62.1 peratus. Ini satu pencapaian yang membanggakan. Namun jauh lagi perjalanan untuk mencapai 80 peratus rangkaian kawasan berpenduduk.

"Insyallah pada hari ini, Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa. Pasukan petugas 5G bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan tugas pasukan ini adalah untuk memastikan rangkaian 5G mengikut aturan yang telah ditetapkan.

"Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar insya-Allah menjelang tahun depan kita akan dapat satu peralihan  dari 'single network kepada dual network', insya-Allah", katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya.

Media Baharu