fb fb fb fb fb

Syarikat peruncitan didakwa jual telur melebihi harga maksimum

 (Pengarah Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd (kanan) mengaku tidak bersalah
di Mahkamah Sesyen Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 17 April- Syarikat peruncitan, Kumpulan Usaha Keluarga Jaya  Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menjual telur melebihi harga maksimum ditetapkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi di premis Kumpulan Usaha Keluarga Jaya yang beralamat di No. 44, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato’ Onn, di sini pada 2 Januari lalu.

Pertuduhan kes tersebut diwakili seorang wanita berumur 26 tahun, selaku pengarah syarikat.

Mengikut pertuduhan, syarikat terbabit menjual barang terkawal iaitu telur ayam gred B dengan harga 70 sen sebiji, melebihi harga maksimum runcit ditetapkan iaitu 43 sen sebiji.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM1 juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Iklas Raja Ariff, manakala syarikat diwakili peguam Farah Wahidah Mohd Sharip.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen.

(Pertuduhan kes diwakili seorang wanita berumur 26 tahun,
selaku pengarah syarikat)

 

Media Baharu