KUALA LUMPUR, 17 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggalakkan individu yang ingin memulakan perniagaan memohon Skim Bantuan Zakat khususnya golongan asnaf yang berminat.
Bagi yang melepasi saringan, individu yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tersebut layak menerima bantuan sebanyak RM5,000.
Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, kemudahan ini dapat mengelakkan individu membuat pinjaman dan mengeluarkan simpanan wang caruman.
"Kita mempunyai had maksimum RM5,000 sebagai permulaan kepada mereka yang ingin mencuba bidang keusahawanan dan kita membuat pendekatan baru wajib mereka hadiri kursus, sebab pengalaman kita di era yang lepas kita banyak beri RM3,000, RM5,000 tapi tidak mendatangkan hasil yang banyak jadi kita wajibkan paling kurang dua hari kursus dengan pihak tertentu untuk berikan sedikit rasa disiplin, ilmu dan RM5,000 tak banyak tapi kalau mereka dapat membuat 'revenue' walau pun ada positif 'revenue' kita akan tambah lagi,"
(Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ditemu bual media selepas menyampaikan
sumbangan Hari Raya kepada asnaf dan anak-anak yatim di Program Penutup Kembara
Ramadan MAIWP di Cheras)
Beliau memberitahu media selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf dan anak-anak yatim di Program Penutup Kembara Ramadan MAIWP di Cheras, di sini hari ini.
Tambah beliau individu yang memenuhi syarat turut disaring melalui ujian psikometrik bagi memastikan golongan asnaf dan anak-anak mereka yakin untuk memulakan sesuatu perniagaan.