fb fb fb fb fb

Ceroboh perairan negara, empat nelayan asing ditahan

PASIR PUTEH,17 April- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berjaya menahan empat nelayan asing Vietnam yang menceroboh masuk perairan negara pada jarak 161 batu nautika dari Muara Tok Bali, di sini kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata bot nelayan asing tersebut berjaya ditahan pada pukul 10.37 pagi selepas bertindak melarikan diri sebelum itu.

"Semasa melakukan rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut, pihaknya telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.20 pagi.

"Menyedari kehadiran Kapal Maritim Tok Bali, bot tersebut telah merikan diri ke arah sempadan Vietnam namun gagal apabila berjaya ditahan.
 
"Pemeriksaan turut mendapati tekong gagal menunjukan sebarang kebenaran untuk menangkap ikan di perairan Malaysia.

"Kes akan disiasat di bawah Sekysen 15 (1) (a) dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat orang kru termasuk tekong yang masing-masing berumur antara 33 hingga 58 tahun berada di atas bot tersebut.

"Maritim Malaysia Kelantan merampas bot dan peralatan menangkap ikan, peralatan komunikasi dan navigasi serta 2,000 liter bekalan diesel," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.34 juta.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.



(Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.34 juta)

Media Baharu