(V. Sivakumar diasak pertanyaan puluhan media selepas majlis pra pelancaran NTW 2023
di Putrajaya)
PUTRAJAYA, 17 April- Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman beliau, semalam.
Pada masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan berhubung kes penahanan setiausaha sulitnya, Jumaat lalu.
“Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh.
“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pra pelancaran National Training Week (NTW) 2023 di sini hari ini.
Semalam, SPRM mengambil keterangannya berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing.
(V. Sivakumar)