(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)
KUCHING, 17 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuching untuk lawatan singkat ke Sarawak.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kira-kira pukul 4.45 petang.
Ketibaan Anwar disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Seri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian serta beberapa menteri kabinet Sarawak.
Sejurus tiba, perdana menteri menghadiri Majlis Perasmian Raia Hotel and Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim.
Pada majlis tersebut, Anwar turut akan menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan anak yatim.
Beliau juga akan menyertai para jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)