(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 17 April- Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan berhubung kes pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata buat masa ini tiada keperluan Sivakumar direhatkan kerana beliau baru dipanggil untuk memberi keterangan, bukan didakwa di mahkamah.
Orang ramai diminta tidak melakukan sebarang telahan berkaitan isu berkenaan.
“Tidak wajar beri apa-apa telahan dalam isu Menteri Sumber Manusia ini selain daripada beliau dipanggil untuk memberi jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan SPRM.
“Kita perlu juga membezakan juga siasatan atau pendakwaan. Kita menyerahkan perkara itu kepada SPRM," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)