fb fb fb fb fb

Kerajaan pantau tahap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan - PM

(FOTO REUTERS)

KUALA LUMPUR, 17 April - Kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersedia untuk membawa pulang sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang dan membahayakan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kita masih pantau dan laporan maklumat tadi pagi dan kita masih lagi rasa keadaan untuk rakyat Malaysia terkawal tapi sebaik sahaja kita rasa ada risiko kita akan bawa mereka pulang, Insya-Allah," kata beliau ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain, di sini hari ini.

 
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemu bual media selepas Majlis Pelancaran
Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Kuala Lumpur)

Konflik di Sudan yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan menasihati rakyat Malaysia di Sudan supaya berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara.

Media Baharu