fb fb fb fb fb

SWM Environment agih 500 Jalur Gemilang, bangkitkan semangat patriotisme

(FOTO FB SWM Environment Sdn Bhd)

PORT DICKSON, 26 Ogos-SWM Enviroment Sendirian Berhad (SWM Enviroment) menyemarakkan bulan kebangsaan tahun ini dengan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di seluruh cawangan operasinya di Negeri Sembilan, secara serentak.

Ia melibatkan 100 buah kenderaan dan jentera yang turut dipasang bendera dengan pembabitan 1,853 warga kerja.

Menurut Pengurus Korporat SWM Enviroment, Mohd Norlisam Nordin, sebanyak 500 Jalur Gemilang diagih-agihkan kepada orang ramai agar sambutan merdeka dapat dizahirkan dengan lebih bermakna.

Program dan agihan dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp) Negeri Sembilan serta kerajaan negeri.

"Kita juga ingin jadikan sambutan ini, program ini sebagai menyuntik  semangat patriotisme dalam kalangan pekerja-pekerja kita disampaikan kepada masyarakat umum dan SWM sentiasa mengambil peluang seperti program pada hari ini untuk mengajak masyarakat kita memerdekakan minda kita dalam memastikan tanggungjawab kebersihan itu ada kebersamaan.

“Kita juga mahu menonjolkan peranan anggota barisan hadapan bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan pengurusan pepejal dan pembersihan awam diberikan kepada penduduk di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan," katanya.


(Pengurus Korporat SWM Enviroment, Mohd Norlisam Nordin)

Mohd Norlisam ditemui pada program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pantai Cahaya, Port Dickson.

Semasa pelancaran, lapan buah kenderaan berjentera dilepaskan, antaranya lori kompaktor, lori tipper dan jentera pembersihan pantai, jengkaut, side-car serta lori bas.

Turut dilancarkan Kempen Kitar Semula dan Menangi Mata Ganjaran di bawah program KITARecycle kepada penduduk di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk menyertai pertandingan mengumpul barangan kitar semula dan menangi tambahan 2,000 mata ganjaran bermula 23 Ogos hingga 23 September ini.

Media Baharu