fb fb fb fb fb

Badan kehakiman ambil langkah atasi lambakan kes tertunggak

Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) pada Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto- BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Badan kehakiman akan bekerjasama dengan kerajaan bagi mengatasi masalah lambakan kes tertunggak di seluruh negara.

Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata langkah itu merangkumi penambahan bilik mahkamah dan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman tambahan bagi mengurangkan beban kerja serta memberi tumpuan kepada kes baharu.

Beliau berkata, ‘circuit sitting’ bagi Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di seluruh Semenanjung turut akan diaktifkan semula bagi memperluas akses prosiding mahkamah tertinggi negara kepada pihak terlibat dan barisan peguam di luar Lembah Klang.

Langkah tersebut dijangka mempercepatkan proses keadilan, menjimatkan masa dan kos, serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kecekapan sistem kehakiman.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN