(FOTO FAIL)
PASIR MAS, 26 Ogos- Sebanyak RM9.5 juta diperuntukkan sebagai persediaan menghadapi banjir di seluruh negara yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tahun ini.
Peruntukan itu bukan sahaja digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman, malah kelengkapan lain seperti khemah, tilam dan tuala kepada mangsa banjir.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, pada masa sama persiapan rapi juga di lakukan bagi berdepan banjir luar jangka.
"Monsun sekarang tidak menentu banjir bukan semata - mata di Kelantan malah di seluruh negara sekarang terancam dengan banjir termasuk Pahang, Selangor. Negeri - negeri yang tidak berisiko banjir pun sekarang sudah terdedah dengan banjir. Mungkin kita akan pertimbangkan juga teknologi terbaru, mungkin sebab itu juga satu keperluan ketika banjir sebab kadang - kadang apabila berlaku banjir secara mendadak kita tak sempat menyediakan bahan mentah dan sebagainya jadi pengalaman - pengalaman yang lalu itulah mungkin kita ambil bagaimana untuk bersiap menghadapinya," katanya.
(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Siti Zailah Mohd Yusoff)
Siti Zailah ditemui media selepas menyempurnakan Festival Pasir Mas 'Jupo Mato' Keluarga Malaysia di Dataran Bandar Baru Pasir Mas.
Mengulas lanjut, beliau berkata lebih tujuh ribu orang kakitangan JKM di seluruh negara bersama agensi berkaitan serta sukuralewan turut sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga – jaga bagi berdepan sebarang kemungkinan jika berlaku bencana banjir.
(FOTO FAIL)
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kementeriannya merangka pelbagai perancangan untuk membantu memberi sistem sokongan kepada pekerja wanita dalam usaha meningkatkan penyertaan golongan itu dalam pasaran buruh negara.
Ini termasuk menyediakan program dan kursus bimbangan bagi membolehkan wanita menambah ilmu dan tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan menerusi perolehan gaji.