fb fb fb fb fb

MCMC diarah siasat penafian Muhyiddin berhubung subsidi RON95

Foto- BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung dakwaan beliau mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan itu bertujuan memastikan semua fakta diperjelas dan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

MCMC dalam kenyataan berasingan mengesahkan akan menjalankan siasatan segera terhadap penafian tersebut, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat tidak sahih.

Isu itu timbul selepas Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam merujuk kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang didakwa mempersoalkan tindakan kerajaan membebankan orang asing dalam penyasaran subsidi RON95.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN