fb fb fb fb fb

Suzuki mahu tingkat pelaburan di Malaysia - PM

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 15 September- Suzuki Motor Corp berhasrat mahu meningkatkan pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di negara ini, termasuk kerjasama dengan rakan teknikal tempatan iaitu KMSB Motors Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki ketika membuat kunjungan hormat di pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.

"Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal.

"Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

"Dengan kerjasama ini, saya berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun," jelas Anwar menerusi Facebooknya.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn Bhd, Ahmad Faez Yahaya.

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu