fb fb fb fb fb

Suri rumah jana pendapatan, buat sabun guna minyak terpakai

Bengkel Penghasilan Sabun Organik bersama penduduk Kampung Perawah, Ngulang, Mata Ayer

MATA AYER, 23 September- Seramai 20 peserta terdiri suri rumah sekitar Kampung Perawah, di sini mampu menjana pendapatan sampingan dengan menghasilkan sabun serba guna yang menggunakan minyak masak terpakai serta dua lagi barangan asas.

Usaha itu digerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Perawah dengan kerjasama sebuah syarikat terapi kecantikan dari Temerloh yang bertindak sebagai pembimbing kepada peserta.

Sementara itu Penyelaras Program Siti Berenee Yahya berkata, amalan kitar semula termasuk menggunakan minyak masak terpakai dijadikan sebagai medium menghasilkan produk untuk kegunaan harian dan ia mampu mengurangkan sisa buangan kepada alam sekitar malah mencipta peluang untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

"Selain menjana pendapatan sehingga RM500 setiap bulan, kita harap kesedaran masyarakat terhadap amalan pengurusan sisa pepejal yang betul dapat dipertingkatkan di semua peringkat usia dan lapisan masyarakat supaya kelestarian alam sekitar dapat dijaga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Bengkel Penghasilan Sabun Organik bersama penduduk Kampung Perawah, Ngulang.

Projek rintis berkenaan juga akan diperluaskan ke kawasan lain sekitar Mata Ayer dengan kerjasama JPKKP

Selain itu ia dilihat akan memberi inspirsasi kepada komuniti sekeliling untuk lebih prihatin terhadap penggunaan bahan semula jadi dan kitar semula serta perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa manfaat besar kepada kesihatan dan alam sekitar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI