fb fb fb fb fb

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni

SEPANG, 23 September - Kementerian Kesihatan (KKM) sediakan 13 pakar psikologi daripada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan Hospital Kuala Lumpur, bagi melakukan saringan kesihatan mental terhadap 449 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM sentiasa bersiap sedia menyediakan pasukan perubatan yang melibatkan psikologi dan kesihatan mental, sekiranya terdapat pertambahan bilangan mangsa yang diselamatkan.

"Kita sekarang menyediakan satu pasukan mengetuai sesi rawatan berkenaan kesihatan mental. Seramai 10 pegawai psikologi daripada NCEMH, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Malaysia dan tiga psikologi dari HKL disediakan bagi membuat saringan kesihatan mental kanak-kanak tersebut."

"Terdapat aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan psikologi ini untuk membantu pemulihan trauma kanak-kanak terlibat." katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Dunia Peringkat Negeri Selangor 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu, Sepang.

Trainee