fb fb fb fb fb

'Super Agent' Mino Raiola meninggal dunia

(Foto fichajes.net)

MILAN, 1 Mei - Mino Raiola, salah seorang ejen bola sepak paling berpengaruh dengan pelanggan berprofil tinggi termasuk Paul Pogba dan Erling Haaland, telah meninggal dunia pada usia 54 tahun, umum keluarganya pada Sabtu.

“Dalam kesedihan yang tidak terhingga, kami berkongsi pemergian ejen bola sepak yang paling prihatin dan menakjubkan,” kata keluarga warga Itali itu dalam satu mesej di Twitter.

"Mino berjuang habis-habisan dengan kekuatan yang sama dia letakkan di meja rundingan untuk mempertahankan pemain kami. Seperti biasa, Mino membuat kami bangga."

('Super Agent' Mino Raiola/GOOGLE)

Keluarga Raiola tidak mendedahkan tentang penyakit yang dihidapinya.

Dia sebelum ini menjalani rawatan di hospital San Raffaele di sini dan dilaporkan pulih.

Kematiannya berlaku dua hari selepas media Itali melaporkan dia meninggal dunia.

Sepanjang kerjayanya sebagai salah satu ejen sukan paling berpengaruh dan watak paling kontroversi, Raiola membina portfolio pemain bama besar termasuk penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. -AFP

Media Baharu