fb fb fb fb fb

Bot pukat bilis terbakar, 24 nelayan nyaris maut

LANGKAWI, 1 Mei - Seramai 24 kru bot nelayan pukat bilis termasuk tekong nyaris maut selepas bot mereka terbakar di perairan Pulau Buyong di sini, pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, semua kru diselamatkan oleh bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar dalam 7.30 malam, namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius.

"Beberapa bot nelayan berdekatan membantu memadamkan kebakaran bot pukat bilis yang terbakar itu seterusnya menyelamatkan kesemua kru," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

(24 nelayan berjaya diselamatkan oleh nelayan lain yang berhampiran lokasi kejadian/FOTO Polis Marin)

Shariman berkata, pihaknya menerima makluman tentang kejadian daripada Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi mengenai kebakaran bot bilis KH 455.

"Pasukan Polis Marin turut memaklumkan kepada Maritim Langkawi untuk bertindak.

"Kesemua mangsa dibawa balik ke Pangkalan Polis Marin Bukit Malut oleh bot Pasukan Polis Marin," katanya.


Media Baharu