fb fb fb fb fb

3 mayat dengan tangan terikat ditemukan berhampiran Bucha

(Tiga mayat dengan tangan terikat ditemukan di sebuah lubang di Ukraine/REUTERS)

KIEV, 1 Mei - Mayat tiga lelaki dengan tangan terikat ditemukan di sebuah lubang berhampiran Bucha, sebuah daerah dekat Kiev yang telah menjadi sinonim dengan dakwaan jenayah perang Rusia, kata polis Ukraine.

“Pada 29 April (Sabtu), sebuah lubang dengan mayat tiga lelaki ditemukan di daerah Bucha.

"Tangan mangsa diikat, kain menutup mata dan ada yang mulutnya disumbat. Terdapat kesan penyeksaan pada mayat, selain kesan tembakan di pelbagai bahagian badan,” kata satu kenyataan polis

(Polisi Kiev, Ukraina mendapati mayat tiga pria dengan tangan terikat/REUTERS)

Bucha menjadi tajuk utama global apabila berpuluh-puluh mayat berpakaian awam ditemukan di daerah itu pada awal April, selepas tentera Rusia berundur susulan pendudukan selama sebulan.

Sejak itu, semakin banyak mayat ditemukan di sana dan di bandar dan kampung sekitarnya, dengan polis Kiev pada hari Sabtu memberikan angka keseluruhan 1,202.-AFP

Media Baharu