fb fb fb fb fb

Persidangan PAC pertama, diadakan Januari tahun depan

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 November- Persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) buat julung kalinya diadakan pada Januari 2026.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata persidangan PAC itu bukan sahaja akan menghimpunkan jawatankuasa PAC Parlimen, juga PAC peringkat negeri.

"Kita juga telah berbincang untuk menganjurkan persidangan PAC bersama dengan semua PAC Negeri pada 2026 nanti. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah bersetuju dengan cadangan mengadakan buat pertama kalinya persidangan PAC tersebut.

Kita menjangkakan persidangan PAC tersebut akan berlangsung pada 22 hingga 24 Januari 2026," katanya pada sidang media PAC di Parlimen.

Tambah Datuk Mas Ermieyati, penganjuran persidangan PAC sulung itu menjadi antara intipati perbincangan dalam sesi pertemuan dengan PAC Negeri pada hari ini.

"Tujuan perjumpaan diadakan adalah berkenalan dan mengeratkan jaringan perhubungan antara PAC Parlimen dan PAC Negeri, berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang tadbir urus dalam pelaksanaan prosiding mesyuarat serta pelaporan PAC Parlimen-Negeri," jelas beliau.

Sesi perjumpaan tersebut dihadiri ahli-ahli parlimen, PAC Parlimen bersama 10 Pengerusi PAC Negeri, enam Setiausaha DUN serta wakil Setiausaha DUN.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM