fb fb fb fb fb

Sungai Kinabatangan di paras amaran, JBPM terus lakukan pemantauan



KINABATANGAN, 11 Januari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Kinabatangan terus melakukan pemantauan berikutan paras air Sungai Kinabatangan meningkat ke paras amaran walaupun tiada hujan. 

Pemantauan dibuat secara berkala melibatkan 5 anggota bomba, dibantu 6 anggota Rela menggunakan aset sedia ada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, peningkatan paras air berpunca daripada air Sungai Ulu Kuamut yang melimpah ke Sungai Kinabatangan.

"Ketika ini bacaan paras air Sungai Kinabatangan telah melebihi 9.3 meter iaitu pada paras amaran.

Rondaan ini adalah dibuat secara berkala setiap hari, turut melibatkan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia (APM) dan rondaan ini akan diteruskan sehingga paras air surut", katanya di sini.

Media Baharu