fb fb fb fb fb

Jual kandungan lucah dalam talian, jurutera didenda RM6,000



PETALING JAYA, 11 Januari - Padah menjual kandungan lucah secara dalam talian, seorang jurutera didenda RM6,000.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azri Zahari selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Azri menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azri didakwa menggunakan aplikasi Telegram secara sedar untuk menjual kandungan lucah kepada seorang lelaki pada 4 Mac 2019 di Bandar Sunway.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Media Baharu