fb fb fb fb fb

Siuasi banjir di Kedah pulih sepenuhnya

Foto fail/BERNAMA

PENDANG, 4 November -Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, di sini ditutup, pukul 2.00 petang.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, PPS itu dibuka pada 25 Oktober lalu bagi, menempatkan 46 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga.

"Penutupan PPS terakhir itu menjadikan banjir di Kedah pulih sepenuhnya," menurut kenyataan itu.

PPS itu sebelum ini menempatkan penduduk dari 18 kampung iaitu, Kampung Hampar Kanan, Kampung Paya Sulaiman, Kampung Titi Kera, Kampung Banggol Keling, Kampung Tanah Merah Dalam dan Kampung Alor Punti.
 

TETITIA YUSOFF