fb fb fb fb fb

Sun Bus Tech tawar gaji RM4,000 perkasa bakat industri automotif

Majlis menandatangani Nota Kerjasama Industri (NoU) antara JTDC dan Sun Bus Tech hari ini/Foto Facebook Aznan Tamin

KULAI, 9 Jun - Sebanyak RM4,000 ditawarkan sebagai gaji permulaan kepada peserta program latihan industri hasil kerjasama strategik antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan syarikat Sun Bus Tech.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri, Aznan Tamin berkata jalinan kerjasama itu bayaran itu sebagai usaha memperkasakan pembangunan bakat tempatan khususnya khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif, teknikal serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Beliau yang juga Pengerusi JTDC berkata program tersebut memberi tumpuan kepada latihan secara praktikal di fasiliti syarikat automotif itu selain menawarkan bantuan yuran, pendedahan industri serta jaminan laluan kerjaya kepada para peserta.

“Inilah satu usaha sama antara JTDC dan Sun Bus Tech untuk membangunkan bakat tempatan, khususnya graduan baharu dalam bidang teknikal. Permintaan dalam sektor pembuatan sangat tinggi bagi tenaga kerja teknikal dan juruteknik,” katanya selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama Industri (NoU) antara JTDC dan Sun Bus Tech di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sun Bus Tech, Shyan Phang, berkata program berkenaan menyasarkan pengambilan sehingga 200 tenaga kerja, seiring dengan matlamat syarikat untuk memperkukuh kapasiti pengeluaran dan pembangunan sektor mobiliti.

“Kami akan membangunkan keseluruhan pengambilan semasa bagi program ini. Ketika kami memulakan Sun Bus Tech, sasaran kami adalah untuk mempunyai 200 orang tenaga kerja. Buat masa ini, kami baru mengisi kira-kira 40 peratus, jadi masih ada 60 peratus lagi yang perlu diisi,” katanya.

Inisiatif itu turut menyokong aspirasi Johor sebagai hab pembangunan bakat berkemahiran tinggi.

Ini selaras dengan usaha negeri memperkukuh daya saing ekonomi serta menangani cabaran pengekalan tenaga kerja teknikal secara mampan.

GRACE AISYAH KEDAYAN