fb fb fb fb fb

Sumbangan wakaf Projek Hassan, perluas inisiatif Smart SBB Asnaf

Foto FB Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 7 Oktober- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan menerima sumbangan wakaf "Projek Hassan" daripada 13 institusi perbankan.

Menurut kenyataan Lembaga Zakat Negeri Kedah LZNK, sumbangan berjumlah RM3.12 juta itu bagi memperluas lagi inisiatif Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA).

Penyerahan itu berlangsung pada Majlis Santapan Malam dan Apresiasi Rakan Strategik LZNK di sebuah hotel, di Petaling Jaya, malam tadi.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

"Tuanku turut perkenan menyempurnakan gimik pelancaran Sijil Wakaf Tunai Projek Hassan dan menerima zakat perniagaan daripada tujuh syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM17.59 juta."

"Selain itu, Raja Muda Kedah dan Tuanku turut perkenan menerima zakat perniagaan daripada lapan syarikat korporat berjumlah RM3.87 juta."

"Jumlah keseluruhan bayaran zakat daripada 15 buah syarikat korporat adalah RM21.478 juta," kata kenyataan itu.

Projek Hassan merupakan nisiatif kerjasama antara LZNK, Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) dan INCEIF University.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM