(Khairy menyampaikan ucapan pada persidangan 'Clinical Research Malaysia
(CRM) Trial Connect 2022' di Pullman KL jalan Conlay/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kementerian Kesihatan yakin Sumbangan penyelidikan klinikal tempatan dijangka mencecah RM1 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) tahun depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sejak 2012, dilihat berkembang dengan pesat dan memberi manfaat yang besar.
"Tahun depan kita akan meliputi RM1 billion dari segi Pendapatan Kasar Negara yang telah pun dihasilkan melalui projek ataupun kontrak ujian dan penyelidikan klinikal yang dilaksanakan sejak tahun 2012.
"Tahun depan juga kita akan melepasi 2,000 projek penyelidikan yang ditaja oleh industri. Industri ini ialah syarikat-syarikat farmaseutikal dan juga organisasi penyelidikan klinikal terbesar di dunia yang membawa ujian klinikal ke Malaysia," kata Khairy dalam sidang media Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) Trial Connect 2022 di ibu negara.
Turut hadir Duta Jepun di Malaysia, Takahashi Katsuhiko.
Selain memberi manfaat dari segi kewangan, penyelidikan klinikal ini turut memberi pendedahan kepada saintis dan penyelidik tempatan untuk merangka dan melaksanakan ujian terhadap pesakit menggunakan rawatan terbaharu.
Khairy berkata, industri ujian klinikal tempatan dijangka berkembang lebih pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.
(Khairy Jamaluddin (dua, kiri) bersama Duta Besar Jepun di Malaysia, Takahashi Katsuhiko
(dua, kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara
CRM dan NCGMpada persidangan 'CRM Trial Connect 2022'/BERNAMA)