fb fb fb fb fb

Sultan Terengganu cemar duli tanam pokok teduhan di pantai Kuala Terengganu

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 2 Oktober- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan program penanaman pokok teduhan di sepanjang Pantai Batu Burok hingga ke Pantai Pandak di Kuala Terengganu.
 
Program dibawah Yayasan Petronas itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri melibatkan pecahan tujuh zon dengan penanaman 3,000 pokok membabitkan jarak 11.3 kilometer.
 
Program yang dilaksanakan itu adalah bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu. 
 
Antara spesis pokok yang ditanam pokok Ketapang, pokok Rhu Pantai, pokok Kelapa, dan pokok Ambung-ambung sesuai dengan peranannya sebagai lindungan semulajadi dan mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam.  
 
Inisiatif berkenaan selaras dengan Kempen 100 juta pokok di bawah program Penghijauan Malaysia dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan yang digariskan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
 
Sultan Mizan turun berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan cek cura Petronas kepada Tabung Amanah Warisan Kuala Terengganu berjumlah RM297,500 dan penyampaian cek cura beberapa anak syarikat kerajaan negeri.
 
Pada majlis tersebut, Sultan Mizan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.


(FOTO RTM)

Media Baharu