fb fb fb fb fb

14 kawasan catat IPU tidak sihat - APIMS

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat Indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat melebihi 101 setakat pukul 1.00 tengah hari tadi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU 163, paling tinggi setakat tengah hari tadi.

"Cheras, Kuala Lumpur turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan pada tahap 162.

"Antara kawasan lain terjejas, Putrajaya dan Petaling jaya masing-masing dengan bacaan 155, Banting (156), Port Dickson (156) dan Batu Muda (150), kata APIMS menerusi laman sesawangnya.

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman sesawang APIMS, sebanyak 46 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Manakala tujuh stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

Sebagai rekod, bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah berbahaya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu