fb fb fb fb fb

Manfaat kepakaran di IPT, kembangkan ekonomi usahawan B40

LABUAN, 2 Oktober- Keterlibatan institut pengajian tinggi (IPT) dalam usaha pembangunan ekonomi rakyat disambut baik Perbadanan Labuan.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan Mohd Ismail berkata ini kerana institusi pendidikan mempunyai banyak kepakaran dan penyelidikan yang boleh mengembangkan sektor ekonomi golongan usahawan B40 berpendapatan rendah.
 
"Kerajaan sekarang ini banyak berkolaborasi dengan institusi pendidikan kerana kita faham mereka ini mempunyai banyak kepakaran.

Contohnya, mereka ada unit kajian dan pembangunan (R&D). Itu yang kita perlukan sebenarnya, dalam usaha kita melakukan penambahbaikan itu sendiri," kata Rithuan kepada pemberita ketika lawatan reruai produk kluster kraftangan usahawan asnaf ‘Zero to Hero’ sempena Borneo Arts Festival 2023.


(Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail ditemui pemberita ketika lawatan reruai
produk kluster kraftangan usahawan asnaf ‘Zero to Hero’ sempena Borneo Arts Festival 2023)

Program 'Zero To Hero' bermatlamat membantu 25 peserta asnaf MAIWP Labuan meningkatkan pendapatan menerusi kluster pertanian, masakan dan kraf.

Program itu dianjurkan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, MAIWP Labuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan.

 

Media Baharu