fb fb fb fb fb

Karnival Aspirasi Madani: Tawar 6,000 peluang pekerjaan

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan tersedia menerusi penganjuran Karnival Aspirasi Madani yang akan berlangsung esok.

Karnival itu akan bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang, bertempat di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata lebih 2,000 pengunjung dan pencari pekerjaan disasar hadir ke karnival tersebut.

Dua program utama ialah 'Ayuh Daftar Suri Rumah' yang membolehkan suri rumah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan temuduga pekerjaan secara terbuka.

"Walaupun duduk rumah bekerja, kali ini mereka diberi perlindungan keselamatan sosial jika ada bencana domestik atau keilatan maka PERKESO akan beri perlindungan kepada suri rumah. Kita nak galakkan semua suri bukan sahaja di Parlimen Bandar Tun Razak, malah di wilayah persekutuan amya.

"Program kerjaya iaitu temuduga terbuka dengan 6,000 peluang pekerjaan eksekutif dan bukan eksekutif ditawarkan oleh 20 buah syarikat untuk memberi pekerjaan.

"Mereka yang tidak ada pekerjaan, ada kerja tapi nak cuba kerja baharu boleh hadir, bawalah sijil-sijil untuk temuduga terbuka esok," katanya menerusi program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Tambahnya, program Jualan Rahmah dan pameran agensi kerajaan merupakan antara sebahagian pengisian karnival yang akan berlangsung esok.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu