fb fb fb fb fb

Dua PPS di Kota Setar ditutup sepenuhnya

ALOR SETAR, 2 Oktober- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di daerah Kota Setar, ditutup sepenuhnya hari ini susulan situasi banjir telah pulih.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata, kesemua 67 orang daripada 23 keluarga yang berada di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang dibuka pada 26 September lalu telah ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi, manakala PPS SK Seri Gunung yang dibuka pada 28 September ditutup pada pukul 8.00pagi.

Muhammad Suhaimi berkata keadaan cuaca baik hari ini membolehkan kesemua mangsa yang berada di pusat pemindahan itu pulang ke rumah masing-masing.

(Penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing)

Media Baharu