(Foto AFP)
PUTRAJAYA, 2 Oktober- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan pengebom bunuh diri di Ankara, Turkiye pada Ahad lalu sehingga mencederakan dua pegawai polis.
Menurut Kementerian Luar, sebagai tanda solidarati bersama Turkiye, Malaysia menentang penuh tindakan keganasan yang bertujuan mengganggu proses politik yang sah.
"Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.
"Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan tersebut dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Rakyat Malaysia di Turkiye disaran mengambil langkah berwaspada dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan pihak berkuasa tempatan.
"Mereka yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Ankara di 00(90-312)4463547/48 atau 00(90–5078128406) (telefon bimbit) atau e-mel
"Mereka juga boleh menghubungi konsulat Malaysia di Istanbul di 00(90-212)9891001 atau e-mel
(Foto AFP)