(Foto JBPM Perak)
GERIK, 2 Oktober- Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta di Jalan Gerik-Baling, Gerik, Perak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan turut mengakibatkan 11 mangsa lain cedera.
"Maklumat awal berhubung kejadian diterima pada pukul 2.32 pagi.
"Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan 13 mangsa terlibat.
"Dua mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
"Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.
"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya menerusi kenyataan.
(Foto JBPM Perak)