ALOR SETAR, 2 Oktober - Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah menunjukkan penurunan kepada 67 orang daripada 23 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi, berbanding 114 orang daripada 36 keluarga, malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 orang daripada 22 keluarga manakala empat orang daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung," katanya.
Beliau berkata sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua penduduk terjejas banjir yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke kediaman masing-masing.
(Jika cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua
penduduk terjejas banjir boleh pulang ke kediaman masing-masing)