PULAU PINANG, 2 Oktober- Seorang pemandu kereta cedera selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lagi kereta yang dipandu secara melawan arus, awal pagi tadi.
Insiden berlaku di Lebuhraya Tun Dr lim Chong, berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
Mangsa memandu kereta jenis Perodua Bezza itu dikatakan dirempuh pemandu BMW 5 Series dari arah Macallum hingga ke lokasi kejadian.
Kedua-dua pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian berkenaan.
(Kedua-dua pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan dan
dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.)