fb fb fb fb fb

SPRM perlu kekal bebas daripada pengaruh eksekutif - Anwar

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu kekal bebas daripada pengaruh eksekutif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata badan itu mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.

"Negara atau tatanan (sistem) yang dicita (diimpikan) tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.

"Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai (mentafsir) cita-cita luhur demi rakyat dan negara," kata Anwar menerusi kenyataan di media sosial.

Anwar turut mengucapkan sekalung tahniah buat SPRM sempena ulang tahun yang ke-56.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu