ALOR SETAR, 22 April- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, pagi tadi.
Keberangkatan tiba Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha disambut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin serta Kerabat Diraja Baginda.
(Masjid Zahir)
Solat sunat dan khutbah Aidilfitri diimamkan dan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.
Selesai solat Baginda dan Kerabat Diraja yang lain berkenan beramah mesra bersama para jemaah dan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebelum berangkat pulang.