fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan beri sumbangan Aidilfitri kepada 500 penerima

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 500 penerima hari ini

PETALING JAYA, 27 Mac- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli berangkat ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf sekitar kawasan sini, hari ini.

Ketibaan baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Program anjuran Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di sini.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 500 penerima.

Daripada jumlah itu, 300 merupakan golongan asnaf, fakir, miskin, ibu tunggal dan mualaf, manakala bakinya 200 merupakan anak-anak yatim.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dr Fahmi Ngah.

SITI AISHAH MD ISA