fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah berangkat ke sambutan Nuzul al-Quran

Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin

ALOR SETAR, 27 Mac- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenaan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri di Masjid Al Bhukary, di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Mohd Azam Abdul Samat; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah seterusnya disusuli solat sunat tarawih dan sunat witir yang diimami oleh Mohd Fidail Zainal Abidin.

Hampir 500 jemaah kebanyakan terdiri daripada pelajar Universiti Antarabangsa Al Bukhary turut menyertai solat tarawih.

Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah khas Nuzul al-Quran oleh pendakwah bebas, Ilyas Ismail

Majlis diakhiri dengan program beramah mesra bersama jemaah yang hadir.

Malam Nuzul al-Quran adalah malam 17 Ramadan ketika al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa rahmat seluruh alam.

Surah al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

SITI AISHAH MD ISA