fb fb fb fb fb

Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2022 negeri Kedah

ALOR SETAR, 31 Julai- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenaan berangkat ke Istiadat Perbarisan dan Sambutan Hari Pahlawan peringkat Negeri Kedah 2022 hari ini.

Istiadat itu berlangsung di Tugu Peringatan, Alor Setar.

Turut berangkat sama, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Sebaik tiba, baginda berkenaan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 103 anggota dari Batalion ke 6, Rejimen Askar Malayu Di Raja (RAMD) diketuai Mejar Muhammad Firdaus Zainuddin.

Kemuncak acara adalah istiadat kalungan bunga di Tugu Peringkatan yang disempurnakan baginda Sultan Sallehuddin.


(Istiadat kalungan bunga di Tugu Peringkatan)

Deklamasi sajak bertajuk ' Pahlawan' disampaikan oleh DSP Azizi Ahmad turut menyerikan upacara sambutan.

Hari Pahlawan kali ini disertai enam kontinjen iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) , Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( PVATM).

Media Baharu